31 Aug 2015

SAMBAL SOTONG KURITA.



Assalamualaikum semua..
Selamat Hari Merdeka yeaaaay!

Today isnin, me & my family hanya duduk rumah je layan astro. 
Biasanya ktorang mesti keluar berjalan tapi tak tahu kenapa dah 2 hari duduk rumah.
Masing2 nak save duit & tenaga kot.
So today i ambil alih dapur lagi untuk masak.
Menunya, SAMBAL SOTONG KURITA & IKAN SELAR MASAK GORENG(MY FAV!!!)


BAHAN BAHAN: 

  • Sotong kurita 2 ekor. Potong panjang atau petak. 
  • 3 ulas bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Tumbuk/Blend 2 bahan di atas.
  • Bawang merah besar (hiris)
  • Cili kering/boh (blend)
  • Asam jawa secubit. Gaul dengan air. 
  • Sos tiram.
  • Gula & Garam.

CARA CARA : 

  1. Rebus sotong 10 minit. 
  2. Toskan & gaul dengan serbuk kunyit & garam sedikit.
  3. Panaskan minyak, goreng sotong tadi selama 5 minit & angkat. 
  4. Kemudian pakai minyak yang sama, masukkan cili boh 2 sudu. 
  5. Goreng sampai garing. Kemudian masukkan 2 bawang yang ditumbuk tadi.
  6. Gaul bersama cili boh sampai garing. 
  7. Kemudian masukkan gula 1 sudu. Kalau pedas boleh tambah gula lagi sedikit.
  8. Masukkan air asam jawa sedikit. 
  9. Kacau sampai sebati, masukkan sotong.
  10. Kacau & masukkan sos tiram sedikit. 
  11. Masukkan bawang merah besar. 
  12. Kacau sampai rata.
  13. Jikalau sudah cukup rasa, sudah cukup kuah, boleh tutup api.
  14. Sedia dihidang.


No comments:

Post a Comment