30 Aug 2015

SUP IKAN MERAH.


Maaf ya, gambar tak cantik. 


Salam, hi everyone. 
Today i ambil alih dapur bcs my parents sangat busy. 
So agak lewat i masak sebab dah pukul 2 baru nak masak, nak siang ikan sotong bagai. 
Anyway today 30 AUGUST 2015.
Me and my mom plan nak masak SUP IKAN MERAH & SAMBAL(tengah fikir lagi)

And then she need to pick up my brother so i buat apa yang patut. 
So ini lah hasilnya..
Sorry sangat sebab nampak plain bcs my parents lupa nak beli daun sup/bawang.


BAHAN BAHAN:

  • Ikan merah (potong ikut size kesukaan anda, buang sisik!)
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • Sedikit halia (hiris)
  • Sup bunjut ikan(bersama rempah2nya)
  • Garam
  • Serbuk lada hitam.
  • Daun sup/daun bawang

CARA CARA :
  1. Tumiskan 3 bahan tersebut ( bawang merah, bawang putih & halia)
  2. Bila sudah naik bau, masukkan sup bunjut bersama rempah2nya. 
  3. Kacau.
  4. Kemudian masukkan garam sedikit. 
  5. Kacau.
  6. Masukkan ikan. Jangan kasar2 nanti ikan hancur. 
  7. Masukkan air ikut sukatan kuah yang anda mahu.
  8. Tutupkan dengan penutup, biarkan seketika. (10 minit)
  9. Masukkan garam & lada hitam sedikit. 
  10. Kacau sampai mendidih. 
  11. Bila sudah cukup rasa, cukup garam. Tutup api. 
  12. Sedia dihidang.



*My adik cerewet bab makan. So i try to bagi dia hirup kuah & dia cakap sedap. Alhamdulillah dia makan dengan berseleranya. Dia request nak makan dengan sambal ikan bilis tapi i elak dari makan sambal bcs i jaga badan. Hehe so i masak sayur goreng (carrot & kobis) Alhamdulillah dia makan & tak buang pun sayur tu. Susah nak ambil hati budak kecik dengan makanan lagi2 yang nampak pelik tu. Tapi dari kecil kita kena ajar dia so bila besar dia tau apa yang dia makan. Ok bye ASSALAMUALAIKUM.  

No comments:

Post a Comment